Arini nak citer cmne kami boleh terjebak dengan bisnes Tupperware. Kalau sebut pasal Tupperware mesti orang perempuan menggila. Mana taknya, kualiti Tupperware memang tak boleh dipertikaikan lagi malah ada lifetime warranty lagi. Ada orang kata buat biz Tupperware rugi sebab barang dia tahan lama, so kekerapan orang nak repeat beli tu mungkin kurang. Abis tu kenapa la kami ni still nak menjerat diri dalam biz ni kan?
Alkisahnya bermula pada penghujung bulan Januari tahun 2015. Waktu tu sepupu aku datang dengan Kak Ton. Aku mmg dah kenal Kak Ton sebab dia sedara mara sebelah arwah mak aku tapi kita org tak rapat sgt. Saudara jauh katakan... Masa diaorang datang tu kami pun bersembanglah mcm biasa sampai la Kak Ton mula berbicara pasal biz Tupperware. Aku sbnrnya malas dah nak involve benda-benda gini dah sbb sebelum ni semuanya tak menjadi. Tapi bila dengar Kak Ton bercerita tu bunyi macam menarik dan mudah aje. So tergerak hati nak join.
Memandangkan kami nak pergi umrah bulan Februari, so kitaorg langsung tak ambil pusing pasal Tupperware. Cuma bila sepupu aku minta salinan ic, aku snap dan whatsapp jela kat dia. Masa di Mekah, kami betul-betul berdoa agar Allah buka pintu rezeki seluas-luasnya dan tunjukkan biz apa yang sesuai dengan kami. Dengan izin Allah, esok tu aku dapat call daripada Kak Ton. Tapi aku terpaksa reject call sbb ketika tu berada dalam Masjidil Haram. Tergerak dalam hati aku, adakah ini petanda dari Allah?
Lepas balik umrah, sampai je kat umah kami di Meru aku terus cek peti surat. Alangkah terkezutnya aku sbb terima cek bernilai RM55.00 dari Tupperware Brands Malaysia. Cek apa pulak ni? Aku sesen pun tak bayar lagi untuk join Tupperware ni. So aku terus call tanya sepupu aku, dia kata Kak Ton yang tolong bayarkan. Bila tanya Kak Ton, dia kata kan best belum apa-apa lagi dah dapat cek camtu? Sebenarnya dia dah dahulukan duit dia untuk daftarkan nama aku, pastu siap masukkan 4 orang downline bawah aku. Can u imagine, orang yang kita tak berapa rapat boleh buat gitu? Katanya dia percaya kami suami isteri boleh buat!
Allahuakbar....Tinggi betul firasat Kak Ton ni. Kami sendiri pun tak tahu kami boleh buat ke tak. Tapi alang-alang dah orang bagi kepercayaan, kami pun cuba jelah. Paling best apabila dia kata "kalau hangpa nak meniaga, mai amik barang-barang Kak Ton dulu".. Apa lagi ligat la aku cari tapak sewa untuk berniaga.Maka bermulalah episod berniaga di Car Boot Sales @ Aeon Bukit Raja... (cont.)
Pilihan 1 : Pakej Keahlian RM70 (Starter Kit Biz Tupperware + Free Membership)
Pilihan 2 : Pakej Keahlian RM280 (Treasure Box + Stater Kit + Free Membership)
Pilihan 3 : Pakej Keahlian RM280 (Sunshine Box + Stater Kit + Free Membership)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan