Selamat Datang ke blog kami. Blog ini merupakan catatan peribadi kehidupan kami sekeluarga dari hal kekeluargaan, kerjaya, bisnes dan sebagainya. Ada manis, ada pahit, ada suka, ada duka. Inilah yang dinamakan asam garam kehidupan.
Namaku Mohd Hafeez bin Zulkifli, seorang pegawai kerajaan tapi berjiwa bisnes. Isteriku Zahidah binti Azmi, seorang jururawat kerajaan yang juga gila bisnes, hehehe.. Kami dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Mirza Harith bin Mohd Hafeez yang dilahirkan pada 02 Julai 2012.
Cabaran sebenar kehidupan kami bermula selepas kelahiran anakanda tercinta. Kami sangat optimis untuk memberikan kehidupan yang terbaik kepadanya. Namun realiti kehidupan di zaman ini sangatlah mencabar, apatah lagi tinggal di bumi Lembah Klang. Duit gaji habis byr hutang.
Saban hari kami sentiasa berusaha mencari pendapatan tambahan, namun semuanya sekerat jalan. Kami pernah jual kuih raya, jual pakaian wanita, jual insurans, join MLM dan macam-macam lagi la.. Tapi macam tak serasi dan mungkin belum rezeki kami untuk berjaya dalam bisnes itu semua.
Sampailah kami menemui bisnes Tupperware yang sangat amazing ini...(cont..)
Bunting semasa majlis perkahwinan kami dulu... :)
Kenangan ketika zaman bercinta dulu...
Kini kami sudah bertiga... :)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan