Rabu, 25 Mac 2015

Umur 3 Tahun Dah Masuk Tadika???

Ini kisah putera kami Muhammad Mirza Harith. Tahun 2015 ni masuk umur dia 3 tahun. Tapi dia lahir bln Julai, so masa daftar tadika bln Februari aritu umur dia baru 2 tahun 7 bulan. Puas kami survey tadika yg sudi terima bdk umur 3 thn, akhirnya terjumpa la dgn Tadika Islam Al Mughni. Alhamdulillah tadika ni ada day care after school dan yuran blnn cuma RM200 shj. Semua pelajar tadika ni berumur 4 hingga 6 tahun, cuma Mirza Harith dan seorang lagi budak perempuan berumur 3 tahun.

Owner tadika ni namanya Cikgu Fatin. Punyalah la baik dan lembut orgnya. Sesuai sgt jadi cikgu tadika. Paling best, cikgu fatin sgt memahami mslh kami yg terpaksa keluar seawal jam 6.30pg utk pergi kerja. Walaupun tadika mula buka jam 7.30pg tapi cikgu sudi terima anak kami seawal jam 6.30pg tapi kena htr ke rumahnya yg tak jauh dari tadika tu.

Alhamdulillah slps hampir 2 bln di tadika, dia byk improvement. Kalau dulu ada org pertikai keputusan kami htr anak pergi tadika awal sbb takut nnti cpt jemu, tapi kami tetap yakin inilah yg terbaik utk putera sulung kami. Lagipun kami dah sepakat dengan Cikgu Fatin, biar dia belajar ikut mood dia. Suka hati dialah nak belajar ke naik main. Yang penting bila orang sebut ramai-ramai apa yang cikgu ajar, sikit sebanyak pasti dia terikut-ikut juga. Hasilnya, sebutan 123, One Two Three, ABC dan Alif Ba Ta semakin lancar dan jelas. Sembahyang pun semakin ikut tertib walaupun banyak main-main....hehehe. Syukur Alhamdulillah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan