Isnin, 30 Mac 2015

Katalog Tupperware 1 April - 30 April 2015

Assalamualaikum Malaysia,

GST dah start kan 1 April 2015 ni? Semua harga barang naik.. Tapi yang bestnya Tupperware ada tawaran HEBAT untuk bulan April ni. Siap ada FREE GIFT lagi untuk beberapa item promosi. Jom tengok katalog di bawah dan jika berminat sila whatsapp/sms kami ke talian 019-777 5085. Dua puluh (20) orang terawal order akan dapat lagi DISKAUN istimewa dari kami :)
























Khamis, 26 Mac 2015

Kisah Mula Terjebak Dengan Bisnes Tupperware

Assalamualaikum semua.

Arini nak citer cmne kami boleh terjebak dengan bisnes Tupperware. Kalau sebut pasal Tupperware mesti orang perempuan menggila. Mana taknya, kualiti Tupperware memang tak boleh dipertikaikan lagi malah ada lifetime warranty lagi. Ada orang kata buat biz Tupperware rugi sebab barang dia tahan lama, so kekerapan orang nak repeat beli tu mungkin kurang. Abis tu kenapa la kami ni still nak menjerat diri dalam biz ni kan?

Alkisahnya bermula pada penghujung bulan Januari tahun 2015. Waktu tu sepupu aku datang dengan Kak Ton. Aku mmg dah kenal Kak Ton sebab dia sedara mara sebelah arwah mak aku tapi kita org tak rapat sgt. Saudara jauh katakan... Masa diaorang datang tu kami pun bersembanglah mcm biasa sampai la Kak Ton mula berbicara pasal biz Tupperware. Aku sbnrnya malas dah nak involve benda-benda gini dah sbb sebelum ni semuanya tak menjadi. Tapi bila dengar Kak Ton bercerita tu bunyi macam menarik dan mudah aje. So tergerak hati nak join.

Memandangkan kami nak pergi umrah bulan Februari, so kitaorg langsung tak ambil pusing pasal Tupperware. Cuma bila sepupu aku minta salinan ic, aku snap dan whatsapp jela kat dia. Masa di Mekah, kami betul-betul berdoa agar Allah buka pintu rezeki seluas-luasnya dan tunjukkan biz apa yang sesuai dengan kami. Dengan izin Allah, esok tu aku dapat call daripada Kak Ton. Tapi aku terpaksa reject call sbb ketika tu berada dalam Masjidil Haram. Tergerak dalam hati aku, adakah ini petanda dari Allah?

Lepas balik umrah, sampai je kat umah kami di Meru aku terus cek peti surat. Alangkah terkezutnya aku sbb terima cek bernilai RM55.00 dari Tupperware Brands Malaysia. Cek apa pulak ni? Aku sesen pun tak bayar lagi untuk join Tupperware ni. So aku terus call tanya sepupu aku, dia kata Kak Ton yang tolong bayarkan. Bila tanya Kak Ton, dia kata kan best belum apa-apa lagi dah dapat cek camtu? Sebenarnya dia dah dahulukan duit dia untuk daftarkan nama aku, pastu siap masukkan 4 orang downline bawah aku. Can u imagine, orang yang kita tak berapa rapat boleh buat gitu? Katanya dia percaya kami suami isteri boleh buat!

Allahuakbar....Tinggi betul firasat Kak Ton ni. Kami sendiri pun tak tahu kami boleh buat ke tak. Tapi alang-alang dah orang bagi kepercayaan, kami pun cuba jelah. Paling best apabila dia kata "kalau hangpa nak meniaga, mai amik barang-barang Kak Ton dulu".. Apa lagi ligat la aku cari tapak sewa untuk berniaga.Maka bermulalah episod berniaga di Car Boot Sales @ Aeon Bukit Raja... (cont.)

Pilihan 1 : Pakej Keahlian RM70 (Starter Kit Biz Tupperware + Free Membership)



Pilihan 2 : Pakej Keahlian RM280 (Treasure Box + Stater Kit + Free Membership)



Pilihan 3 : Pakej Keahlian RM280 (Sunshine Box + Stater Kit + Free Membership)




Rabu, 25 Mac 2015

Umur 3 Tahun Dah Masuk Tadika???

Ini kisah putera kami Muhammad Mirza Harith. Tahun 2015 ni masuk umur dia 3 tahun. Tapi dia lahir bln Julai, so masa daftar tadika bln Februari aritu umur dia baru 2 tahun 7 bulan. Puas kami survey tadika yg sudi terima bdk umur 3 thn, akhirnya terjumpa la dgn Tadika Islam Al Mughni. Alhamdulillah tadika ni ada day care after school dan yuran blnn cuma RM200 shj. Semua pelajar tadika ni berumur 4 hingga 6 tahun, cuma Mirza Harith dan seorang lagi budak perempuan berumur 3 tahun.

Owner tadika ni namanya Cikgu Fatin. Punyalah la baik dan lembut orgnya. Sesuai sgt jadi cikgu tadika. Paling best, cikgu fatin sgt memahami mslh kami yg terpaksa keluar seawal jam 6.30pg utk pergi kerja. Walaupun tadika mula buka jam 7.30pg tapi cikgu sudi terima anak kami seawal jam 6.30pg tapi kena htr ke rumahnya yg tak jauh dari tadika tu.

Alhamdulillah slps hampir 2 bln di tadika, dia byk improvement. Kalau dulu ada org pertikai keputusan kami htr anak pergi tadika awal sbb takut nnti cpt jemu, tapi kami tetap yakin inilah yg terbaik utk putera sulung kami. Lagipun kami dah sepakat dengan Cikgu Fatin, biar dia belajar ikut mood dia. Suka hati dialah nak belajar ke naik main. Yang penting bila orang sebut ramai-ramai apa yang cikgu ajar, sikit sebanyak pasti dia terikut-ikut juga. Hasilnya, sebutan 123, One Two Three, ABC dan Alif Ba Ta semakin lancar dan jelas. Sembahyang pun semakin ikut tertib walaupun banyak main-main....hehehe. Syukur Alhamdulillah.







Selasa, 24 Mac 2015

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Datang ke blog kami. Blog ini merupakan catatan peribadi kehidupan kami sekeluarga dari hal kekeluargaan, kerjaya, bisnes dan sebagainya. Ada manis, ada pahit, ada suka, ada duka. Inilah yang dinamakan asam garam kehidupan.

Namaku Mohd Hafeez bin Zulkifli, seorang pegawai kerajaan tapi berjiwa bisnes. Isteriku Zahidah binti Azmi, seorang jururawat kerajaan yang juga gila bisnes, hehehe.. Kami dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Mirza Harith bin Mohd Hafeez yang dilahirkan pada 02 Julai 2012.

Cabaran sebenar kehidupan kami bermula selepas kelahiran anakanda tercinta. Kami sangat optimis untuk memberikan kehidupan yang terbaik kepadanya. Namun realiti kehidupan di zaman ini sangatlah mencabar, apatah lagi tinggal di bumi Lembah Klang. Duit gaji habis byr hutang.

Saban hari kami sentiasa berusaha mencari pendapatan tambahan, namun semuanya sekerat jalan. Kami pernah jual kuih raya, jual pakaian wanita, jual insurans, join MLM dan macam-macam lagi la.. Tapi macam tak serasi dan mungkin belum rezeki kami untuk berjaya dalam bisnes itu semua.

Sampailah kami menemui bisnes Tupperware yang sangat amazing ini...(cont..)


Bunting semasa majlis perkahwinan kami dulu... :)

Kenangan ketika zaman bercinta dulu...


Kini kami sudah bertiga... :)